Home Tips ADAB KELUAR & MASUK RUMAH

ADAB KELUAR & MASUK RUMAH

by Teeha®
0 comment

Adab dan tatacara kehidupan mengikut ajaran Islam perlu diterapkan dalam diri kita. Ia membantu mendekatkan kita dengan Allah SWT setiap masa tidak kira apa jua aktiviti yang kita lakukan. Amalan dan sunnah Rasulullah SAW juga perlu dijadikan ikutan. Antara adab ketika keluar dan juga masuk ke rumah sendiri atau pun orang lain. Islam mengutamakan tatasusila yang lembut dan manfaat. Apa yang perlu kita lakukan?

1. Memakai kasut

Kebersihan adalah perkara utama dalam Islam agar ibadah yang dilakukan dalam keadaan bersih. Termasuk juga keadaan dalaman rumah. Oleh itu, eloklah anda memakai kasut atau selipar ketika keluar rumah. Tanggalkan ia ketika hendak masuk ke rumah bagi mengelakkan kekotoran seperti najis tidak berada di dalam rumah. Rumah yang bersih menjanjikan kesihatan yang baik serta keselesaan yang maksimum untuk kita semua.

2. Langkah kaki

Memulakan perbuatan dengan dimulai anggota sebelah kanan adalah lebih afdal termasuk langkah kaki masuk ke rumah. Mulakan ia dengan kaki kanan. Jika hendak keluar rumah mulakan dengan kaki kiri dahulu. Ia benar-benar mengikut adab Islam yang betul.

3. Mengunci Rumah

Perkara ini perlu didahulukan dan diingati selalu. Bukan tidak percaya pada takdir tetapi langkah berjaga-jaga diperlukan bagi mengelakkan kecurian berlaku. Baca bismillah dan tanamkan niat yang baik kerana Allah. Kepercayaan itu menjamin perkara buruk tidak akan berlaku dan anda reda jika perkara yang tidak diingini berlaku juga.

4.Membaca Doa

Setiap perkara yang kita buat perlu dimulai dengan doa untuk mendapat keberkatan. Apabila keluar rumah bacalah doa; “Dengan nama Allah, aku menyerah diriku pada Allah dan tidak ada daya serta kekuatan selain diri-Mu sahaja.” Manakala ketika hendak masuk ke rumah baca doa ni pula, “Dengan nama Allah kami memasuki rumah dan nama Allah kami keluar dari rumah dan kepada-Kami berserah diri.”

5.Menutup aurat

Bagi gadis Muslimah semua, sebelum keluar rumah pilihlah pakaian yang sesuai serta kemas atau menutup aurat. Jika kita ingin dilindungi oleh Allah dalam setiap langkah di luar rumah, maka perbetulkan niat anda dan menjaga adab permakaian. Anda perlu bijak untuk bergaya tetapi kekal sopan.

6. Minta Izin.

Bagi anda yang belum berkahwin, maka bertanggungjawab penjagaan diri masih berada dibawah tanggungan ibu dan bapa. Minta izin mereke sebelum keluar rumah dan beritahu hala tuju anda yang sebenar. Jangan sesekali menipu mereka kerana macam-macam perkara yang tidak elok boleh berlaku di luar sana. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.