Home Tips MANA SUSAH DI JAGA? ANAK LELAKI ATAU ANAK PEREMPUAN?

MANA SUSAH DI JAGA? ANAK LELAKI ATAU ANAK PEREMPUAN?

by Teeha®
0 comment
anak elaki vs anak perempuan

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak perempuan sahaja, ada kemungkinan mereka akan mengatakan anak perempuan susah dijaga dan begitulah sebaliknya. Realitinya anda akan merasakan mereka ini sukar dijaga hanya dalam keadaan tertentu sahaja. Keadaan yang bagaimana yang kami maksudkan? Jom teruskan membaca.


"Saya rasa ibu bapa menggunakan perkataan siapa yang lebih susah dijaga di antara anak lelaki dan anak perempuan adalah sebagai cara untuk mengekspresikan kekecewaan pada satu-satu masa tertentu kerana anak lelaki dan anak perempuan ini susah dijaga dalam keadaan tertentu sahaja" – Michael Gurian


Keyakinan diri

Untuk membentuk keyakinan diri yang sihat sebenarnya agak susah bagi kedua-duanya. Sebenarnya anak perempuan lagi sukar dan lebih mencabar. Anda perlu berikan perhatian terhadap mental dan emosi mereka supaya lebih yakin diri dan tidak terlalu menurut kemahuan orang lain. Hal ini kerana, mereka cenderung untuk cuba menggembirakan orang yang mereka sayangi hingga lupa terhadap kemahuan sendiri.

Anak lelaki pula lebih suka memberontak. Makin disuruh behave, makin menjadi-jadi pula perangai kerana mereka ingin lakukkan apa sahaja yang mereka mahu. Mereka harus diajar agar lebih bersikap verbal kerana mereka bijak menggunakan fizikal dan berfikiran logik secara semulajadi.

Keselamatan fizikal

Kebanyakan daripada anak lelaki lebih gemar dengan aktiviti yang lebih lasak dan mencabar. Dalam keadaan ini, soalan keselamatan anak lelaki yang susah dikawal. Cabaran yang membuatkan mereka teruja dalam melakukan benda baru.

Namun begitu, perhatian yang lebih juga perlu diberikan kepada anak perempuan kerana lumrah mereka yang kurang berani. Letakkan kepercayaan bahawa anak perempuan juga kuat. Anda boleh mendedahkan mereka dengan persekitaran yang agresif agar meraka rasa dipercayai untuk mencuba sesuatu dengan baik.

Disiplin

Anak lelaki lebih sukar dijaga kerana pendengaran mereka tidak sebaik anak perempuan sejak lahir lagi.  Berbeza dengan anak perempuan yang lebih tinggi responnya terhadap kata-kata amaran mahupun pujian. Disebabkan perbezaan inilah yang menyebabkan anak lelaki dilabel sebagai susah dijaga.

Anda perlulah bijak dalam memilih cara untuk mengawal mereka dan menyedari hakikat bahawa masa depan anak-anak juga ditentukan oleh ajaran dan teguran membina daripada ibu bapa.

Setiap anak merupakan individu yang unik dan berbeza. Jadi, akan ada masa yang anak lelaki mudah dijaga dan ada ketika anak perempuan mudah dijaga. Ia bergantung pada situasi. Tiada perdebatan yang mana lebih susah dijaga kerana itu adalah sifat mereka.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.