Home Uncategorized Apa itu Polio?

Apa itu Polio?

by Teeha®
0 comment

Terbaru, seorang bayi yang berusia 3 bulan disahkan dijangkiti virus tersebut akibat mengalami demam diikuti lemah anggota badan. Pihak hospital telah mengesahkan bayi dari Sabah itu dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1).

Kejadian ini berlaku di Sabah,Malaysia. Keadaan tempat tinggal mangsa masih dalam siasatan.

Polio merupakan penyakit berjangkit dan penyakit yang wajib dinotifikasikan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

Penyakit Polio atau Poliomielitis adalah penyakit akibat jangkitan virus yang menyebabkan kelumpuhan. Poliovirus (PV) yang menjadi ejen pembawa penyakit ini masuk ke dalam badan manusia melalui mulut dan merosakkan usus. Ia mampu memasuki saliran darah dan ke saraf pusat menyebabkan kelemahan otot dan kelumpuhan.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.