Home Isu Semasa “Depression Tak Sama Dengan Stress!”

“Depression Tak Sama Dengan Stress!”

by Teeha®
0 comment

Masalah depresi ini bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Lebih-lebih lagi jika dialami tanpa disedari oleh diri sendiri.

Apa itu kemurungan ?


Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan
seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan
tenaga, cepat marah ser ta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan
sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi
oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan
boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau ber tahun-tahun.

Siapa yang berisiko


• Pernah mengalami kemurungan pada masa lepas
• Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kemurungan
• Menghidap penyakit kronik (Kanser, Diabetes, Hiper tensi,
Sakit Buah Pinggang, Strok, Sakit Jantung atau
kesakitan berpanjangan)
• Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba
• Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba
• Perceraian
• Masalah rumahtangga
• Masalah keluarga
• Penyalahgunaan dadah dan arak
• Pengambilan ubat-ubatan ter tentu
• Mangsa penderaan
• Tekanan di tempat kerja
• Pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak
• Kecenderungan mudah risau atau bimbang
• Perasaan sedih semasa dalam pantang (selepas bersalin)
• Krisis ekonomi

Pencegahan


• Ketahui penyakit anda
• Patuh kepada ubat-ubatan dan rawatan susulan
• Ber tenang dan sentiasa bersikap positif
• Rancang kewangan anda
• Amalkan gaya hidup sihat
• Menyer tai aktiviti yang akan membuat kita rasa gembira.
Contohnya bersenam, menonton wayang, menyer tai aktiviti
keagamaan atau sosial
• Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan 

Rawatan


Penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapat
disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif
• Penggunaan ubat ‘Anti-depressant’
• Terapi elektrokonvulsif (ECT)
• Psikoterapi
• Kaunseling

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.