Home Isu Semasa Kerana Syurga Bukan Percuma

Kerana Syurga Bukan Percuma

by Teeha®
0 comment

Amalan Yang Boleh Dilakukan Dalam Masa Satu Minit Tetapi Besar Ganjarannya Buat Kita. Jom amalkan!

#1 – Membaca Surah Al-Ikhlas

Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga. Hadis Riwayat Ahmad

#2 – Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W

Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. Hadis Riwayat Muslim

#3 – Beristighfar Memohon Keampunan

Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad

#4 – Bertanya Khabar Keluarga

Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim. Hadis Riwayat Bukhari

#5 – Lafaz Tasbih

Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim. Hadis Riwayat Muslim

#6 – Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan

Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga. Hadis Riwayat BBukhari

#7 – Mendoakan Orang Lain

Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya.Hadis Riwayat al-TThabarani

#8 – Sebarkan Kebaikan

Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Hadis Riwayat Muslim

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.