Home Isu Semasa Membunuh Tanpa Sengaja

Membunuh Tanpa Sengaja

by Teeha®
0 comment

Dunia sekarang makin moden dan canggih. Perkembangan teknologi khususnya.

Boleh dikatakan hampir semua orang tidak kira bangsa dan umur memiliki akaun media social dari pelbagai platform.

Namun adakah penggunaannya kearah kebaikkan sahaja?
Tidak dinafikan sampai ke hari ini masih wujud orang yang menyalah guna media social.
Sebagai contoh menggunakan platform ini untuk memalukan orang lain, mengejek, menyebarkan fitnah, gangguan seksual, troll, body shaming dan sebagainya.
Selalunya hal-hal diatas melibatkan artis, akan tetapi perkara sebegini juga berlaku dikeliling kita tanpa kita sedar.

Pernahkah kita terpikir berada ditempat mangsa?
Buli siber wajar diklasifikasikan sebagai satu kesalahan serius di negara ini
Pembulian secara maya atau siber ini lebih memberikan impak yang mendalam kepada mangsa buli. Mangsa akan mengalami kemurungan yang melampau hingga boleh membawa pada maut.

Perkara ini masih boleh dibendung jika kita lebih peka dengan keadaan sekeliling.
Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi isu buli siber termasuklah kempen kesedaran berhubung buli siber, penguatkuasan undang-undang dan melaporkan kes kepada pihak berkuasa.

Bagi ibu bapa , disaran menggunakan aplikasi Parental Control untuk memantau aktiviti anak-anak.

Info:
Pengguna yang berhadapan buli siber boleh membuat laporan melalui Pusat Bantuan Cyber999 melalui e-mel di cyber999@cybersecurity.my atau aduan.skmm.gov.my atau terus menghubugi talian 019-2265850

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.