Home Anak-anak Tips Agar Anak Rajin ke Sekolah

Tips Agar Anak Rajin ke Sekolah

by Teeha®
0 comment

Alhamdulillah masih diberi umur dan kesihatan yang baik untuk awal tahun baru 2020. Dan hari ini juga adalah hari pertama untuk persekolahan anak-anak. Macam mana pagi tadi? Pasti ada drama kan?

Apa-apa pun tahniah buat adik-adik yang bersekolah pada hari ini. Hari ini admin nak share sikit tips agar anak kita rajin ke sekolah.

1 . Setiap kali hantar anak ke sekolah, beritahu anak kenapa dia harus pergi ke sekolah dan belajar.


Elakkan dari berjanji yang manis-manis kepada anak. Sebaliknya beritahu sebab kepada harus ke sekolah. Apa pentingnya pendidikan dan pembelajaran dalam kehidupan kita. Contoh, " Adik belajar rajin-rajin besar nanti boleh jadi doktor. Boleh tolong orang ramai."
Sebagai ibubapa kita sangat digalakan terus memberi sokongan dan semangat untuk anak-anak supaya mereka tidak putus asa.

2. Amalkan berdoa kepada Allah.

Dedahkan anak dengan sentiasa berdoa. Ajar agar anak sentiasa berdoa dan dipermudahkan ketika belajar.

3. Motivasikan anak apabila melihat kesusahan orang lain.

Tidaklah memperlekehkan kesusahan seseorang. Sebaliknya ingatkan mereka agar mereka berusaha dan berjaya. Agar suatu hari nanti bila mereka besar mereka boleh tolong orang yang dalam kesusahan.


InsyaAllah jika ibubapa tidak mengalah anak-anak pasti akan berjaya kelak.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.