Home Info Kesihatan Wanita dan Cyst

Wanita dan Cyst

by Teeha®
0 comment

Ovari adalah sebahagian daripada sistem reproduktif wanita yang terletak di bahagian bawah abdomen pada kedua-dua belah rahim. Ovari berfungsi untuk menyimpan dan melepaskan telur. Salah satu ovari akan mengeluarkan telur pada setiap bulan dan proses ini dipanggil ovulasi. Buat pengetahuan anda, ovulasi berlaku kira-kira pada pertengahan kitaran haid bulanan wanita dan telur akan berada dalam kantung yang dipanggil folikel. Sekiranya telur tidak disenyawakan, kandungan uterus akan dikeluarkan pada masa permulaan datang haid. Kesimpulannya, ovari berfungsi mengawal kitaran haid dan kehamilan.

Perbezaan Ovari Normal Dan Yang Mempunyai Cyst

Apakah Tanda-tanda Ovarian Cysts?

  • Kembung perut atau bengkak
  • Pergerakan usus yang menyakitkan
  • Sakit perut sebelum atau semasa kitaran haid
  • Hubungan seks yang menyakitkan
  • Sakit di belakang atau paha
  • Payudara menjadi lembut
  • Pening dan muntah

Dan sekiranya ovarian cyst semakin teruk, anda memerlukan perhatian perubatan secepat mingkin. Gejala ini boleh membawa kesan serius sekiranya tidak dirawat lebih awal. Antaranya adalah seperti:

  • Kesakitan pelvik yang teruk atau tajam
  • Demam
  • Pengsan atau pening
  • Pernafasan yang cepat

Cara Pencegahan Ovarian Cyst

Ovarian cyst ini tidak boleh dicegah tetapi dengan melakukan pemeriksaan gynecologic, anda boleh mengesan penyakit ini lebih awal. Ovarian cyst yang benign tidak akan menjadi kanser. Namun, anda perlu mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana simptom Ovarian cyst mirip dengan simptom kanser ovari. Oleh itu, anda perlu memastikan tahap kesihatan anda. Antara simptom tersebut adalah seperti:

  • Perubahan kitaran haid
  • Kesakitan pinggul yang berterusan
  • Hilang selera makan
  • Kehilangan berat badan secara mendadak

Untuk info lebih details boleh klik link bawah,

https://blog.policystreet.com/punca-ovarian-cyst-sista-ovari-dan-cara-mengecutkannya/

atau cepat-cepat lakukan pemeriksaan dihospital atau klinik berdekatan anda.
(Credit: Policy Street)

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.